My friends

My friends

Friday, December 3, 2010

Bendera Pulau Pinang


Pulau Pinang Untuk Negeri Kita



BENDERA NEGERI PULAU PINANG

 Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
] membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuningmelambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. 



LAMBANG NEGERI PULAU PINANG 

Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang
 menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam 
Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.Empat
 kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pualu Pinang. 



1 comment:

  1. Pulau Pinang~ sudah jln2 kat cni masa kat SMK kinarut lg.....tp nak juga jln2 lg kat cni....masa tu jln2 kat seberang perai....

    ReplyDelete