My friends

My friends

Thursday, June 9, 2011

DUNIA....

Apa yg blh kita blh bt dng tenaga dr seorg insan utk membantu insan yg lain......cerita ni bermula bila sy layan youtube n sy lihat mcm2 video..ada yg rakam pasal org kena bunuh ar, student di buli ar, n mcm2 lg keganasan yg di lakukan terhadap org yg kurang bernasib (mcm org2 nerd, yg kurang cantik, yg lembab) knp benda seperti ini harus berlaku...kalau sy seorg ayah dan anak sy di perlaku seperti ini sy mesti marah dan nak bls blik pew yg dah jd kat anak sy...kesian betul...sempurna ke kita skrg ni sampai kita mempunyai hak nak hakimi seseorg hanya sebab dia lain dr kita...ermm...baik melayu cina india org2 sabah sarawak....APA HAK KITA.....

Friday, December 3, 2010

Bendera Pulau Pinang


Pulau Pinang Untuk Negeri Kita



BENDERA NEGERI PULAU PINANG

 Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
] membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuningmelambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. 



LAMBANG NEGERI PULAU PINANG 

Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang
 menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam 
Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.Empat
 kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pualu Pinang. 





Bendera Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Darul Khusus

BENDERA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang 
berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya 
Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi 
bahagian-bahagian negeri ini. 

LAMBANG NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanyaYang Dipertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. 
Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah 
"Changgai Putri" tanda kebesaran Yang Dipertuan Besar. 

 






Bendera Sarawak

Sarawak Bumi Kenyalang






 
Bendera Kedah
Kedah Darul  Aman




 
BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun. 
Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. 
Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan
 penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman. 
LAMBANG NEGERI KEDAH DARUL AMAN 

Lengakaran padi menunjukkan bahawa padi merupakan tanaman utama Negeri ini.
 Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula melambangkan kekuasaan. 



 
Bendera Johor

Johor Darul Takzim




BENDERA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM 

 Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. 
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. 
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

 LAMBANG NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM 

Mahkota tanda D.Y.M.M Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan 
Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau, 
sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. 
Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang
 buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga 
disebelah bawah perisai menggambarkan Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. 
Cogankata negeri ini ialah:- "KEPADA ALLAH BERSERAH"