My friends

My friends

Friday, December 3, 2010

Bendera Pulau Pinang


Pulau Pinang Untuk Negeri Kita



BENDERA NEGERI PULAU PINANG

 Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula
] membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuningmelambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. 



LAMBANG NEGERI PULAU PINANG 

Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang
 menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam 
Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.Empat
 kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima. Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pualu Pinang. 





Bendera Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Darul Khusus

BENDERA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang 
berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya 
Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi 
bahagian-bahagian negeri ini. 

LAMBANG NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanyaYang Dipertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. 
Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah 
"Changgai Putri" tanda kebesaran Yang Dipertuan Besar. 

 






Bendera Sarawak

Sarawak Bumi Kenyalang






 
Bendera Kedah
Kedah Darul  Aman




 
BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun. 
Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. 
Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan
 penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman. 
LAMBANG NEGERI KEDAH DARUL AMAN 

Lengakaran padi menunjukkan bahawa padi merupakan tanaman utama Negeri ini.
 Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula melambangkan kekuasaan. 



 
Bendera Johor

Johor Darul Takzim




BENDERA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM 

 Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. 
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. 
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

 LAMBANG NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM 

Mahkota tanda D.Y.M.M Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan 
Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau, 
sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. 
Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang
 buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga 
disebelah bawah perisai menggambarkan Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. 
Cogankata negeri ini ialah:- "KEPADA ALLAH BERSERAH" 

Bendera Terangganu


 
Terangganu Darul  Iman


BENDERA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN 

 Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari tanah 
hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat 
Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. 

LAMBANG NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN 

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, 
Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di 
sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran. 

 
Bendera Selangor

Selangor Darul Ehsan



 BENDERA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu 
unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

 LAMBANG NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN 

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawanpahlawan zaman dahulu. 

 

Bendera Perlis
Perlis Indra Kayangan


BENDERA NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN 

Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat. 
Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda. 

 LAMBANG NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN 

Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya. 


 




Bendera Perak
Perak Darul Ridzuan

BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih,kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkankebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Pe
rak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

 LAMBANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagaiagama rasmi. Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri. 


 



Bendera Pahang
Pahang Darul Makmur





BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

 Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. 
Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan 
bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang 
bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas
 hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai 
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa 
negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, 
adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah 
negeri yang beraja dan berdaulat. 





Bendera Melaka
Melaka Darul Azim


BENDERA NEGERI MELAKA DARUL AZIM

 Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan 
dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak
bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia. 


 LAMBANG NEGERI MELAKA DARUL AZIM 

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. 
Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka, pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah memyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap di situ. 

 


Bendera Kelantan

Kelantan Darul Naim


BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

 Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.


 LAMBANG NEGERI KELANTAN DARUL NAIM 

Lambang Mahkota menandakan Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah lambang agama Islam.Dua pucuk meriam membawa makna bahawa negeri ini sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor Kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan(kira-kira pada akhir kurun yang ke14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang ini. Cogankata negeri ini ialah: "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" BACK

Negeri2 yg ada kat Malaysia

Sabah tempat kelahiran sy sebagai bumiputra sabah berbangsa kadazan lundaye..sy bangga menjadi sebahagian dr rakyat sabah..



Bendera Sabah
Sabah Di Bawah Bayu

BENDERA NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU 

 Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas 
bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan
 dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan 
Kerajaan Negeri Sabah. 

 LAMBANG NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU 

Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah. Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'daerah' yang terkandung dalam negeri Sabah. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat. Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. 


Daerah-Daerah yg ada d sabah..

Beaufort, Beluran, Keningau, Kinarut / Papar, Kota Belud, Kota Kinabalu (Ibu Negeri), Kota Marudu, Kuala Penyu, Kudat, Kundasang, Lahad Datu, Menumbok, Pitas, Ranau, Sandakan, Semporna, Sipitang, Tambunan, Tamparuli, Tawau, Tenom, Tuaran, W.P Labuan

Detik Permulaan utk teruskan legasi ini.

      Saya Johnnydy berasal dari sabah. Lahir di daerah beaufort sabah membesar sebagai seorg perantau kerana berpindah ikut family hehe..bersekolah tadika n rendah 1-3 d sekolah st paul beoufort. seterusnya bersekolah di Sm pekan kinarut dan SMK kinarut papar berpindah ke SM TEKNIK KENINGAU pada tahun 2003-2004 di keningau tamat from 5 sy sambung study kat POLITEKNIK Kota Kinabalu sabah pada tahun 2006-2008 tamat DIPLOMA di sana sy sambung study kat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada tahun 2009 -present (tamat pengajian pada tahun 2013 kalau tak dew halangan lah.hehe..)
selama ini sy sentiasa belajar benda baru baik mahu pun buruk dan sy sentiasa berfikir adakah setiap manusia akan mengalami benda yg sama seperti sy selama ni...anda semua mesti dah tahu jawapan nya kan...

Hidup Baru


Bendera Malaysia

KETERANGAN LAMBANG-LAMBANG PADA BENDERA MALAYSIA 
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar, 
tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, 
Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, 
Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. 
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas 
jalur merah yang kelima melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia.
 Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya
 Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. 
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang 
Maha Mulia Raja-Raja Melayu

LAMBANG MALAYSIA

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. 
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. 
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
Bendera Malaysia dan bendera-bendera negeri hanya boleh dikibarkan pada upacara-upacara rasmi seperti keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Ulang Tahun Hari Kemerdekaan, perayaan-perayaan Persekutuan dan Negeri-negeri, lawatan-lawatan rasmi, di kedutaan-kedutaan Malaysia luar negeri serta upacara-upacara rasmi negara (seperti Majlis Tilawah, SukanNegara). Malah bendera Malaysia berkibar bersama-sama dengan bendera negara-negara lain di hadapan bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. 
Bendera Malaysia juga telah berkibar dengan megahnya di puncak Gunung Kala Pattar setinggi 5,856 m di Banjaran Himalaya pada tepat jam 1.00 tengah hari pada 11 Januari, 1984 lalu, apabila serombongan 12 orang rakyat negara Malaysia berjaya mendaki puncak gunung tersebut dalam satu ekspedisi bersejarah. 
Pada 25 Ogos 1985, Syarikat Singer telah mengadakan Promosi Bendera Gergasi Hari Kemerdekaan Malaysia di Kuala Lumpur Plaza. Bendera tersebut berukuran 32.5 m x 16.4 m. Usaha tersebut menunjukkan kerjasama dan interaksi rakyat Malaysia dari berbagai kaum. Begitu juga bendera terbesar Malaysia yang telah dinaikkan di Bangunan Angkasapuri berukuran 97.5 m x 24.3 untuk menyambut Hari Kebangsaan 1988.
Upacara menaikkan bendera adalah acara kemuncak Semarak pada 21 Ogos1988 di Melaka. Sejajar dengan kempen Setia dan Semarak, Pameran Bulan Bendera telah diadakan di Pasar Budaya. Begitu juga dengan kempen Kibarkan Bendera (Jalur Gemilang) dan kempen Cinta Negara adalah usaha yang dilaksanakan untuk memupukkan semangat cinta dan setia kepada negara. 
Bendera Malaysia dan bendera negeri-negeri Malaysia yang mempunyai lambang tersendiri pada keseluruhannya adalah berpegang kepada konsep Rukunegara iaitu: 
  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 
  • Keluhuran Perlembagaan 
  • Kedaulatan Undang-Undang 
  • Kesopanan Dan Kesusilaan.